Sunday, June 30, 2013

...


Seminggu telah berlalu,
tinggalkan aku bersendirian
dipenuhi dengan segala permasalahan
berikanlah diriku ini
cukup lah dengan hanya 
seorang insan
tuk diri aku 
melepaskan
Segala Perkara Tersemat Di Pemikiran


*p/s: seriously ingin mencari seorang teman 2k berkongsi cerita segala suka n duka seperti waktu zaman persekolahan dulu.

Friday, June 28, 2013

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru
 buat pasangan
Liyana & Ashraf
yang sudah berlangsung pada
1 Jun 2013
(Pihak Perempuan)
8 Jun 2013
(Pihak Lelaki)
Semoga Panjang Umur & Di Murahkan Rezeki

Btw,
Maaf Dipinta kepada Pihak Keluarga kak Liyana
atas ketidak hadiran diri pada majlis yang sedang berlangsung pada 
1 Jun 2013 
disebabkan terpaksa pergi ke
AOV Desa Tebrau, Johor Bahru
bagi menjayakan pertandingan Paintball
Tactical Paintball Championship (TPC)
Walau Bagaimanapun,
Terima Kasih
saya ucapkan kerana sudi menjemput diri ini buat kali ke dua 
ke majlis yang diadakan di klang pada
8 Jun 2013

Kenangan Semasa Berada Di Sana Begitu Melucukan


Pihak Perempuan
1 Jun 2013


Pihak Lelaki
8 Jun 2013

*p/s: Kepada Pak Cik Habul, Faiz Lambat Lagi La Nak Kahwin. Jangan Bergosip Banyak Sangat Pasl Anak Pompan Pak Cik SINGA LAUT Sorang Tu. (^^)v peace

Siti Aida Wahidah




Insan yang baru ku kenal rapat
Adik Bongsu 
kepada seorang sahabat
tetapi hanya buat seketika
sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.
Terima Kasih
atas seminggu perkenalan di 
laman sosial
melayan 
karenah kegilaan bersama



*p/s: haha. cik aida jangan nakal2 k, nnti crush marah. btw, Rahsia kita simpan sama2 k. XD

Sunday, May 5, 2013

Sepetang Di Kampung

ASSALAMUALAIKUM

KAMPUNG GUAR KEPAH,
KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Kicauan burung berterbangan,
Deruan aliran sungai berterusan,
Melihat kelibat lembu berpelisiran,
Silauan mata tidak berkaca mata,
Berterusan mata menerima cahaya jingga,
Terpancarnya cahaya mentari di senja hari,
Menanti saat terkuburnya nun di kejauhan,
Sehingga munculnya alunan Azan berkumandang,
dari HambaNya yang setia menyembahNya,
Itulah Nikmatnya,
SEPETANG DI KAMPUNG





















*p/s: ketenangan di kampung begitu bermakna setelah berjauhan dari segala gangguan di bandar, betapa indahnya Kurniaan daripadaNya. :)

Friday, May 3, 2013

Resort World Kijal, Terengganu


Resort World Kijal
atau yang dahulunya dikenali sebagai
Hotel Awana Kijal

Seminggu sudah masa berlalu,
setelah berangkatnya daku dari bumi
Bandar Baru Bangi, Selangor
banyak masa terluang
mendengar deruan ombak laut
yang luas terbentang menghadapi halaman rumah
menikmati hari-hari tenang,
di temani bulan dan bintang di malam hari,
di hiburi dengan
Live Band @ Waterfall Cafe
akal fikiran terbang di awangan,
meninggalkan jasad badan terlentang di persisiran pantai,
alangkah indahnya 
Kurniaan Allah terhadap HambaNya
demi mencari ketenangan di lubuk sanubari.








*p/s: alangkah indahnya klu kawan-kawan dapat join skali lepak kat sini. teringat kisah x dpt join PD dlu. :(

Thursday, May 2, 2013

Best Friend Forever?

ASSALAMUALAIKUM

Entah mengapa,
terasa bagaikan kekosongan di lubuk hati,
setelah selalu mengalami igauan di malam hari,
termimpi-mimpikan si dia sewaktu tidak sedar,
Dia yang telah aku kenali terpahat di lubuk sanubari,

Skinny Hime

empunya nama 

Siti Syazwani Binti Mohd. Shah

nama sebenar

suka duka sahabat persekolahan,
akan ku kenang selama-lamanya.

harap dapat ketemu jua bersama
jika di murahkan rezeki kedua-duanya





Hasil Nukilan,

محمد  فائز حارس 




*p/s: kalau bersua, msti masing2 kaku kn? haha. x per, semoga best friend forever, hope so. (^^)v peace

Saturday, April 20, 2013

TPC #2


Tactical Paintball Championship
Second League
AOV Paintball Trading,
Desa Tebrau, Johor Bahru, Johor

Terima kasih tak terhingga kepada pihak

Malaysian Paintball Referee Organization (MPRO)

kerana telah memberi peluang terhadap diriku tuk melawat negeri Johor, yang sememangnya Bumi Asing bagi diriku kerana aku tidak tahu ada apa di sana walaupun Johor terletak di semenanjung Malaysia. Begitu banyak kenanngan yang telah aku perolehi semasa di sana, teruma semasa berada di 
"Pasar Karat & Johor Premium Outlet"
berharap lepas ni dapat sampai ke Johor kembali.
(^^)v peace



*p/s: kan best dapat orang rumah dari johor, leh g sana selalu. GATAL. XD ahaha

Friday, April 19, 2013

Times Square

Ada Apa di Sana?

Cuma nak berkongsi cerita kisah di antara

"Mek, Memean, Aku"

telah terpahat di dalam memori masing-masing
kerna berjaya menjejaki kaki di sana di sebabkan masing-masing berasa keboringan
haha. kelakar bukan?
biarlah kami simpan cerita masing-masing.

Cuma,
aku nk ucap

THANK YOU
kepada kalian berdua,
terutama

Memean
kerana sudi bawak kete waja dia dan pickup iz semata-mata nk g sana,
walaupun perancangan asalnya cuma korg berdua jerk nk g sana.
x kisah la nk kata aku menyibuk ker apa,

Janji Dapat Ikut
(^^)v peace

Lastly,
Seronok dapat jumpa korg
setelah sekian lama tidak bertentang mata
lepas ni harap leh jumpa ag kn?



*p/s: korg dua ni comel uh masa kat sana, mmg da leh jd adq iz da lpas ni. :D

Merindui

Entah Mengapa,

Semenjak Dua Menjak

aku di himpit dengan perasaan kerinduan yang mendalam terhadap sahabat-sahabat aku
yang telah lama aku tidak dapat bersua bersama
terutama
Teman Karib

aku semenjak aku menjejaki kaki ke

SMK JALAN REKO

harap dapat bersua bila ada masa lapang bersama



Yang Merindui,

محمد  فايز هاريس 



*p/s: kan best dapat ulangi masa mcm skola menengah dlu. :'D

Thursday, April 18, 2013

Hai Hei Hoi...

ASSALAMUALAIKUM,

Wah terlalu lama tidak aku bukak Blogger,
memang berhabuk habis kan?

Xper, aku akan cuba untuk aktifkan kembali blog ini,
even secara perlahan-lahan,
kerana
"Biar Lambat, Asal Selamat, Selamat Memandu"
Korg nampak x? 
Kan nampk sgt menipunya.
(^^,) HaHaHa


*p/s: da x reti da nk susun ayat, kes da lama x berblogger. :P

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers