Friday, April 27, 2012

FinaL ExaM


setelah berhempas pulas selama
14 MINGGU
mengaharungi segala dugaan dan rintangan
maka
keluarlah jadual final
DEGREE IN ACCOUNTING
SEMESTER 3, YEAR 2011/2012

yang akan berlangsung pada
6.5.2012 - 12.5.2012

wish me
GOOD LUCK
*p/s: kepada rakan2 sperjuangan, saya doakan yang terbaik buat kalian semua. :)

Wednesday, April 25, 2012

SyuKuR



ALHAMDULILLAH
bersyukur ke hadrat illahi
kerana
dapat jua bertegur setelah sekian lama diamkan diri
daripada
BERKOMUNIKASI
antara satu sama lain


*p/s: thanks kepada empunya tuan badan di atas. sangat menghargainya... :)

PaintBaLL


assalamualaikum
salam di beri,
harap anda semua
sihat ini hari.

kali ni saya ingin bercerita kisah
REUNION
yang telah selamat di sempurnakan
pada
21 APRIL 2012
bertempat di

DOME PAINTBALL

SUMMIT USJ


Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada 9 orang bekas pelajar SMK Jalan Reko iaitu Najwan , Hazimi , Farah , Amydia , Adila , Ekin , Charu , Ayu (sila klik pada nama untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut) dan seorang ahli keluarga terdekat kepada Farah iaitu saudara Farid telah menghadirkan diri pada aktiviti yang dijalankan pada kali ini. Tujuan utama aktiviti kali ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang telah sedia terjalin semenjak di bangku sekolah menengah setelah sekian lama terdiam akibat kesibukan dan kealpaan dalam meneruskan pengajian dalam bidang masinig-masing. Kembali kepada cerita asal, kami telah menghabiskan masa selama 2 jam 30 minit untuk bermain sebanyak 9 pusingan dan menghabiskan pellet sebanyak 4000 dikongsi bersama 10 orang. Sekian, sampi di sini sahaja mampu saya bercerita atas sebab kesuntukan masa.


*p/s: hepy gila dapat jadi peserta terbaik dalam perlawanan kali ni trutama dapat Headshot n Tembak Buntut... XD

Wednesday, April 18, 2012

Al-Fatihah


Pada 17 April 2012, jam 9.15 P.M.
warga SMK Jalan Reko
telah dikejutkan dengan
berita tergempar pemergiannya
seorang insan yang dikenali sebagai
PENGETUA a.k.a BONDA
bernama
ROSNI BINTI OSMAN
ke
Rahmatullah

Marilah Kita sedekahkan
al-Fatihah
kepada arwah.

Berbalik kepada kisah di atas, selepas sahaja mendapat panggilan mengenai arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.15 P.M. ia amat menggemparkan kerana baru hendak melawat arwah pada hari jumaat ini setelah mendapat berita tentang arwah telah di tahan wad akibat kanser usus di Hospital Selayang. Walaupun begitu, saya telah mengalami mimpi aneh pada malam kejadian apabila termimpi arwah datang semula kepada diri saya dan bercerita semula kisah bagaimana dia berkenalan dengan suaminya sehingga ke alam perkahwinan seperti kisah yang telah arwah bercerita pada tahun 2009 terhadap diri saya. Dan di penghujung mimpi tersebut, arwah berkata yang pasangan saya akan sama seperti yang terjadi seperti kisah arwah cerita pada awalnya. apakah maksud arwah? apa-apa pun saya sedikit terkilan selepas tidak mampu berjumpa dengan arwah untuk kali terakhir dan hanya mendengar daripada para sahabat yang arwah kelihatan seperti tersenyum dalam tidur semasa melawat arwah buat kali terakhir. akhir kata, moga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

*p/s: lepas ni saya akan merindui IM yang akan saya terima daripada arwah di dalam Facebook seperti di kemudian hari.

Kem Kepimpinan Pengawas SMKJR 2012

2 3 kucing berlari,
mana nak sama si kucing lapar,
assalamualaikum salam di beri,
di sambungi dengan apa khabar.

sory lama x update,
cuma kali ini ingin update kisah
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMKJR 2012
yang telah berjalan dengan lancar
pada
6, 7, 8 April 2012
bertempat
kem At-Taqwa, Banting


seramai 157 orang pelajar termasuk para Guru Pengiring dan pihak Fasilitator telah menjayakan program kali ini dengan lancarnya walaupun seorang daripada peserta terpaksa di hantar pulang akibat penyakit asma datang menyerang dan berlakunya kecelakaan kecil di antara para peserta, namun masih tidak mampu menggugat perjalanan kem tersebut. Banyak pengalaman pahit, manis, masam, masin telah dapat dikongsi bersama2 di antara kami pada kem tersebut.

Sebelum itu,
izinkan saya menulis semula lirik lagu persembahan yang telah di lakukan semasa kem dan di adaptasikan dari
lagu Maafkan Kami dendangan P.Ramlee

"Maafkan kami (4 kali)

Wahai MASTURA maaf di pinta,
Sebab tong sampah atas kepala.

Kami di sini hanya dua insan,
Banyak kesilapan kami lakukan.

Maafkan kami (4 kali)

wahai cik adik jangan merajuk,
Maafkan kami si Bujang Sazic,
Jikalau salah tolonglah tunjuk,
Kami rela hai kena ketuk.

Nandung-nandung dayang senandung,
Wahai MASTURA maafkan kami

Maafkan kami (10 kali)
"

*p/s: gambar dan video persembahan akan di masukkan kemudian. :)

Wednesday, April 4, 2012

MaTi?


saya ingin memohon 
seribu kemaafan,
sbb niat sbnar bukn hendak bercerita kisah sesiapa yg mati,
cuma ingin bercerita kisah
TIDUR MATI

Jadi,
saya dengan rasminya ingin mengatakan,
setelah 4 hari 3 malam badan beroperasi tanpa henti
(kalah 7-eleven yg 24jam operasi tnpa henti)
ingin berehat sementara
jadi kepada sesiapa yang ingin contact saya pada hari dan malam ini,
harap maaf sbb anda semua 
tidak akan dilayan!
(^^)v -peace-
*ps: k la guys, aku tidur dlu... XD

Menyusun 10 Jari Memohon Kemaafan


Assalamualaikum,
dah nampk kn aku nya tajuk kat atas?
tapi aku bukannya nak bercerita kisah
cara kira berapa jari apatah lagi cara menyusun jari
cuma aku nak berkongsi serba sedikit tntang khidupan smggu dua ni.
minggu ini bermacam-macam ragam manusia aku jumpa 
dari yg soleh sampi la ke tahap &^%$3,
dah la nak kna layan karenah org yg 1001 ragam ni,
masok plak 2 minggu yang pnoh dgn 
QUIZ, ASSIGNMENT, MIDTERM and PRESENTATION.
Mana taknya aku boleh hilang kawalan
(sory kpd insan yg aku ludah kat muka+lebam muka)
Bknnya sengaja, cuma kau amat menjengkelkan terutama bila kau punya gurauan semburan air liur dekat muka x kna dgn mood aku masa 2, da la aku da bg amaran yang aku x nk kna gngu, harap lpas ni ko paham dgn situasi aku semasa k. Sory k kawan, lpas ni harap lpas ni kita leh jd kawn yg lbh bek dr sblomnya k.
(=.=)

*ps:kosong-kosong k, ko sembur aku, aku ludah ko, ko start gadoh dlu, aku pon join la skaki.

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers