Wednesday, April 18, 2012

Al-Fatihah


Pada 17 April 2012, jam 9.15 P.M.
warga SMK Jalan Reko
telah dikejutkan dengan
berita tergempar pemergiannya
seorang insan yang dikenali sebagai
PENGETUA a.k.a BONDA
bernama
ROSNI BINTI OSMAN
ke
Rahmatullah

Marilah Kita sedekahkan
al-Fatihah
kepada arwah.

Berbalik kepada kisah di atas, selepas sahaja mendapat panggilan mengenai arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.15 P.M. ia amat menggemparkan kerana baru hendak melawat arwah pada hari jumaat ini setelah mendapat berita tentang arwah telah di tahan wad akibat kanser usus di Hospital Selayang. Walaupun begitu, saya telah mengalami mimpi aneh pada malam kejadian apabila termimpi arwah datang semula kepada diri saya dan bercerita semula kisah bagaimana dia berkenalan dengan suaminya sehingga ke alam perkahwinan seperti kisah yang telah arwah bercerita pada tahun 2009 terhadap diri saya. Dan di penghujung mimpi tersebut, arwah berkata yang pasangan saya akan sama seperti yang terjadi seperti kisah arwah cerita pada awalnya. apakah maksud arwah? apa-apa pun saya sedikit terkilan selepas tidak mampu berjumpa dengan arwah untuk kali terakhir dan hanya mendengar daripada para sahabat yang arwah kelihatan seperti tersenyum dalam tidur semasa melawat arwah buat kali terakhir. akhir kata, moga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

*p/s: lepas ni saya akan merindui IM yang akan saya terima daripada arwah di dalam Facebook seperti di kemudian hari.

1 comment:

IMAN AISYAH said...

rindu beliau juga..
beliau ibarat ibu di sek...
kasih sayang beliau pada anak didiknya tidak dpt dibayangkan...
sungguh ku akan rindu IM darinya...

semoga beliau ditempatkan dikalangan org yang beriman...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers